Hj. Jamil.

Nama saya Hj Jamil ( Panggilan org Kg ) umur 58 thn. Sejak pencen 3 thn yg lalu, saya banyak menghabiskan masa dgn Masjid sahaja., Solat 5 waktu dan menghadiri Majlis2 ilmu.

Itulah rutin harian saya sejak pencen, mencari bekalan Akhirat serta cuba cover mana dosa2 yg terdahulu.

5 org anak2 saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat diisi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di kejiranan saya , 2 rumah sebelah rumah saya tinggal seorg wanita yg telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya panggil dia sebagai Ani, yg berumur 39 thn. Tiap pagi beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula kedua2 anak perempuan beliau umur 11 dan 12 thn itu mengaji dgn isteri saya.

Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 itu kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Trafik jem barangkali.

Saya sendiri juga jarang berbual dgn Ani, sehinggalah pada satu pagi Sabtu ( tarikh tak ingat ) selepas Kuliah di Masjid yg mana Ani juga hadir.

Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat utk berkahwin dgn saya.

“Saya tahu abg Jamil terkejut, tetapi Ani sudah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Jamil serta isteri abg. Ani ikhlas!” Kata Ani sambil memakai seliparnya utk pulang kerumah.

“Isteri abg pasti pengsan dengar perkara ni.” Jawab saya.

“Kita kawin senyap2 je dulu bang…” sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri.

Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu… Dilemma.

Bantulah saya…

Inilah soalan peperiksaan UPSR Bahasa Malaysia 2 utk thn depan!!

Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang sekiranya Hj Jamil berkahwin senyap2 dgn Ani. Apakah isteri Hj Jamil akan betul2 pengsan?

(Markah 50%)

Hilang.

TANAH AIR YANG TERGADAI

Perjanjian Bangkok 1909… 108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.

Kelantan hilang Tak Bai, Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao, Perlis hilang Wilayah Pujo.

1965…..kita kehilangan Singapura.
2008…..kita kehilangan Pulau Batu Puteh
2011…..kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar

Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang… tapi kita jual!!
Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita!!

Kita jual tanah TUDM Sg.Besi….
Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City… hak milik kekal.
Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.

Kali ini kita dipaksa untuk menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita…jual kepada bangsa asing…

Katanya untuk kepentingan Proton di Tanjung Malim.
Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.

Betullah kata orang… kita menumpang di tanah sendiri.

Teringat kisah saudara Palestin kita… walaupun ditawarkan cek kosong, untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.

Tapi kita…??

Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dengan hati yang pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata.

Melihat hal itu, ibunya berkata, “Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa!”

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan; masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?

1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Bergelumang dengan perkara2 dosa
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis… dan ibu2 mereka berkata,

“Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!”

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, FB yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya… Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna.

Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya.
Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya)

Wallahul musta’an…

dipersilakan kongsi, saham akhirat… walaupun kita dah meninggal tapi orang2 lain share atau ambil pengajaran dari kisah ini, kita tetap peroleh pahala… in shaa Allah… aamiin…

Cinta.

Assalamualaikum

*CINTA*

💜Jika kamu mencintai dia kerana Pandai,
itu bukan cinta tetapi Kagum

💖Jika kamu mencintai kerana dia Cantik&Tampan
Itu bukan Cinta tetapi Nafsu.

💙Jika kamu mencintai kerana Takut dia Sakit Hati
Itu bukan Cinta tetapi Kasihan

💗Jika kamu mencintai kerana dia BAIK
Itu bukan Cinta tetapi Berterima kasih

❤️TETAPI
Jika Kamu Cinta kerana kebaikan Akhlaknya Cinta kerana ALLAH
Itulah Cinta Yg Kekal Abadi
Kerana Bila Cinta Kerana ALLAH,
ALLAH Akan Jaga HATI kITA Untuk Terus Mencintai.💚

Ustaz Hanafi.

‘Saya tenang menghadapinya…’

Kuala Lumpur: “Saya anggap ini hadiah daripada Allah SWT dan saya tenang menghadapinya. Kalau kimoterapi nanti buat saya lemah hingga ceramah dibatalkan, saya rasa rugi sebab cita-cita saya nak mati ketika menyampaikan ceramah agama.”

Demikian kata penceramah bebas, *Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, selepas disahkan menghidap kanser Limfoma* pada 31 Januari lalu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu.

“Saya pergi ke klinik kerana gastrik sebelum dirujuk ke hospital untuk membuat ultrasound dan imbasan CT.

“Pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 sentimeter panjang kali 7 sentimeter lebar dengan berat 1 kilogram kemudian dilakukan di hospital swasta 1 Februari lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badannya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya.

Ustaz Hanafi bagaimanapun enggan ‘duduk diam’ dan meneruskan aktivitinya seperti biasa.

“Aktiviti seperti ceramah saya teruskan macam biasa sebab saya tak ada rasa sakit cuma penat sedikit mungkin belum sembuh sepenuhnya.

“Program di TV9 (Tanyalah Ustaz) juga masih berjalan. Kadangkala saya membantu penerbit mencari golongan ingin kembali ke pangkal jalan,” katanya yang juga Penasihat Rumah Anak Yatim Fakir Miskin Al Habbah di Batu Caves, Selangor.

Beliau juga sedang giat mengumpul dana RM300,000 untuk membina surau di rumah kebajikan yang memfokuskan pembelajaran tahfiz itu.

Di samping itu, beliau juga sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk menampung *kos rawatan kimoterapi antara RM300,000 hingga RM500,000 bagi sembilan sesi.*

“Saya dengan perasaan malu dan terharu, kalau ada yang ingin membantu… sebab saya anggap ‘hadiah’ daripada Allah ini mungkin ada hikmah.

“Siapa membantu… saya doakan murah rezeki dan di tambah rezeki. Sahabat juga dalam kesusahan, jadi saya doa murah rezeki dan mendapat syurga paling hampir dengan Allah SWT,” katanya mengenai usaha rakan terdekat membantu mengumpul dana untuk dirinya.

Ustaz Hanafi yang aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi juga berhasrat untuk menjual motosikal kesayangannya model Kawasaki GTR1400.

“Saya nak jual motosikal itu lepas pakai empat tahun. Tujuannya untuk tanggung kos rawatan saya. Jadi selepas ini saya pakai motosikal kecil saja.

“Kepada semua, doakan saya sembuh daripada penyakit ini dan harapnya kimoterapi nanti tidak menyebabkan saya lemah,” katanya yang *mempunyai sembilan anak* dan menetap di Taman Sri Gombak, di sini.

Beliau akan memenuhi undangan ceramah pada minggu depan di Kulim, Kedah; Ipoh, Perak dan Air Hitam, Johor.

Sesiapa yang ingin membantu boleh *salurkan sumbangan* ke akaun *CIMB* 7001645436, *Maybank* 162405085541 atau *BANK ISLAM* 14162020096634 (Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 5:14 PM

http://www.hmetro.com.my/node/210333

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda “Barangsiapa meringankan sebuah kesusahan (kesedihan) seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan urusan seseorang yang dalam keadaan sulit, Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seseorang, Allah pun akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya, selama hamba tersebut menolong saudaranya.”

[Riwayat Muslim dalam Sahihnya, no. 2699]

Adil.

Akhi Adif Gorment:
📌Tazkirah Ringkas

📑BERLAKU ADILLAH KEPADA SESIAPA JUA

Firman Allah SWT :
اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ
[Surat Al-Ma’idah 8]
‎Terjemahan :
“Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.”

📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti

Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com

Kopi.

《SEGELAS KOPI》

*Kyai :* Tolong buatkan kopi dua gelas untuk kita berdua, tapi gulanya jangan engkau tuang dulu, bawa saja ke mari beserta bekas berisi gula.

*Santri :* Baik, kyai.

Tidak berapa lama, sang santri sudah membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan seberkas gula beserta sudu.

*Kyai :* Cobalah kamu rasakan kopimu nak , bagaimana rasa kopimu?

*Santri :* rasanya sangat pahit sekali kyai

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula, kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah mulai berkurang, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacau lagi, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah berkurang banyak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi,dan kacau bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa manis mulai terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi lalu kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* sangat manis sekali, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacaulah, bagaimana rasanya?

*Santri :* Terlalu manis. Malah tidak enak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* rasa kopinya jadi tidak enak, lebih enak saat ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa, kyai.

*Kyai :* Ketahuilah nak.. pelajaran yg dapat kita ambil dari contoh ini adalah.. jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?

Sejenak sang santri termenung, lalu menjawab.

*Santri :* Ya kyai, sekarang saya mulai mengerti, bahwa kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terimakasih atas pelajaran ini, kyai.

*Kyai :* Ayo santriku, kopi yg sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula dan kacau, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmati segelas kopi ini.

Sang santri lalu mengerjakan perintah kyai.

*Kyai :* Bagaimana rasanya?

*Santri :* rasanya nikmat, kyai…

*Kyai :* Begitu pula jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau mau membaginya dengan yang memerlukan.

*Santri :* Terima kasih atas pengajarannya tadi kyai.

*Selamat mjamu kopi*☕☕